Rancangan Pengajaran 1
Tarikh / Hari : 08 Oktober 2012 / Isnin
Masa : 12.15 - 1.15 petang
Kelas : 6J
Bil. Murid : 46 orang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema / Tajuk : Seni Tradisi Kebanggaan Kita / Permainan Tradisional Kita
Kemahiran : 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan
yang dibaca.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;
i) mencatat isi-isi penting daripada petikan yang dibaca dengan
melengkapkan peta minda yang diberi.
ii) menulis jawapan yang betul bagi setiap soalan pemahaman yang
diberi berdasarkan petikan yang dibaca.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah diperkenalkan dan diberi pendedahan serta
peluang bermain permainan tradisonal semasa di Tahun 5 dan aktiviti kokurikulum.
Bahan bantu mengajar : Gambar permainan tradisional, borang grafik, lembaran kerja.
Nilai : Menghargai.
Set induksi (5 minit)
Isi pelajaran ; menamakan jeins-jenis permainan tradisional - sepak raga, wau, gasing,
congkak.
Aktiviti guru dan murid;
a) Guru memaparkan gambar-gambar permainan tradisional dan murid-murid
menamakan permainan yang ditunjukkan.
b) Guru meminta murid menyatakan perbezaan umum antara permainan tradisional
yang ditunjukkan. Murid menyatakan perbezaan dari segi - bilangan pemain,
alatan yang digunakan, cara-cara bermain.
BBM - gambar permainan tradisional.
Nilai - menghargai
Langkah 1 (15 minit)
Isi pelajaran : petikan teks 'Permainan Tradisional'
Aktiviti guru dan murid;
a) Guru mengedarkan petikan teks dan meminta murid membaca senyap petikan
tersebut.
b) Guru memilih empat orang murid untuk membaca kuat petikan.
c) Murid dan guru bersoal-jawab tentang petikan.
Contoh soalan - apakah permainan tradisional yang biasa dimainkan di
Kelantan?
- berapa orang pemainkah bagi permainan congkak?
- di manaakah gasing dimainkan?
BBM : Petikan teks permainan tradisional.
Langkah 2 (15 minit)
Isi pelajaran : menganalisis dan mencatat isi penting.
Aktiviti guru dan murid;
a) Murid berbincang di dalam kumpulan untuk menyenaraikankan isi-isi penting
dalam bentuk minda.
Contoh - permainan tradisional warisan negara.
- congkak digemari wanita
- sepak takrawa masih gigemari.
- gasing terkenal di Pantai Timur.
b) Murid menyatakan isi-isi penting yang diperoleh dan guru mencatat
jawapan murid di papan putih.
c) Guru memberikan rumusan tentang jawapan murid.
Langkah 3 (10 minit)
Isi pelajaran : Tatabahasa - kata adjektif.
Aktiviti guru dan murid;
a) Guru menerangkan maka kata adjektif dan meminta murid mengenal
pasti kata adjektif yang terdapat dalam petikan.
b) Murid menyatakan kata adjektif yang diperolehi dari petikan.
Contoh : maju, lapang, tebal, popular, terkenal, muda.
c) Murid membina ayat berpandukan kata adjektif yang disenaraikan
secara lisan.
Langkah 4 (10 minit)
Isi pelajaran : Latihan pemahaman
Aktiviti guru dan murid;
a) Guru mengedarkan lembaran kerja.
b) Murid menjawab soalan pemahaman yang diberikan.
Penutup (5 minit)
Isi pelajaran : Rumusan
Aktiviti guru dan murid;
a) Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang hasil
pembelajarn.
b) Guru membuat rumusan akhir tentang isi pelajaran.
No comments:
Post a Comment