Latihan 1 : Kata Nama Am
Pilih jawapan yang betul.
1. Kami mendirikan __________ di kaki Gunung Tahan sebelum meneruskan pendakian
ke puncak gunung pada pagi esok.
A. kanopi B. khemah C. pondok
2. __________ yang tidur di bawah jambatan itu menggigil kesejukan kerana tidur
beralaskan beberapa keping surat khabar sahaja.
A. Pengemis B. Pelancong C. Polis
3. Setelah penat bekerja di sawah, Pak Mail berehat di ________ sambil makan
bekalan yang dibawa.
A. rumah B. dangau C. wakaf
4. _________ di Pulau Ketam keluar menangkap ikan menaiki bot yang besar dan
dilengkapi perlatan moden.
A. Petani B. Peniaga C. Nelayan
5. Pelanggan yang hendak mengambil wang di bank dikehendaki mengisi __________
sebelum berurusan di kaunter.
A. resit B. borang C. akuan
Latihan 2 : Kata Nama Khas
Pilih jawapan yang betul.
1. Pelawat yang berkunjung ke __________ berpeluang menaiki kereta kabel.
A. Pulau Langkawi B. Pulau Tioman C. Pulau Pangkor
2. Suasana di __________ sentiasa sibuk dengan kapal dagang yang berlabuh dan
belayar.
A. Tambak Johor B. Pelabuhan Klang C. Hentian Puduraya
3. Ayah meminta adik mencari makna perkatan yang susah itu di dalam _______
A. Sejarah Melayu B. Kamus Dewan C. Berita Harian
4. _________ membuat sarang dengan daun-daun padi di tepi sawah itu.
A. Sang Buaya B. Sang Pipit C. Sang Arnab
5. Pengunjung ke _________ terhibur dengan persembahan ikan lumba-lumba yang
sungguh jinak itu.
A. Zoo Negara B. Aquaria KLCC C. Petrosains
No comments:
Post a Comment