Saturday, 6 April 2013

Latihan Tatabahasa

Latihan 1 : Kata Nama Am

Pilih jawapan yang betul.

1. Kami mendirikan __________ di kaki Gunung Tahan sebelum meneruskan pendakian
    ke puncak gunung pada pagi esok.
    A. kanopi                           B. khemah                                C. pondok

2. __________ yang tidur di bawah jambatan itu menggigil kesejukan kerana tidur
    beralaskan beberapa keping surat khabar sahaja.
    A. Pengemis                       B. Pelancong                            C. Polis

3. Setelah penat bekerja di sawah, Pak Mail berehat di ________ sambil makan
    bekalan yang dibawa.
    A. rumah                            B. dangau                                 C. wakaf

4. _________ di Pulau Ketam keluar menangkap ikan menaiki bot yang besar dan
    dilengkapi perlatan moden.
    A. Petani                            B. Peniaga                                C. Nelayan

5. Pelanggan yang hendak mengambil wang di bank dikehendaki mengisi __________
    sebelum berurusan di kaunter.
    A. resit                               B. borang                                 C. akuan

Latihan 2 : Kata Nama Khas

Pilih jawapan yang betul.

1. Pelawat yang berkunjung ke __________ berpeluang menaiki kereta kabel.
    A. Pulau Langkawi            B. Pulau Tioman                        C. Pulau Pangkor

2. Suasana di __________ sentiasa sibuk dengan kapal dagang yang berlabuh dan
    belayar.
    A. Tambak Johor              B. Pelabuhan Klang                   C. Hentian Puduraya

3. Ayah meminta adik mencari makna perkatan yang susah itu di dalam _______
    A. Sejarah Melayu            B. Kamus Dewan                       C. Berita Harian

4. _________ membuat sarang dengan daun-daun padi di tepi sawah itu.
    A. Sang Buaya                  B. Sang Pipit                              C. Sang Arnab

5. Pengunjung ke _________ terhibur dengan persembahan ikan lumba-lumba yang
    sungguh jinak itu.
    A. Zoo Negara                 B. Aquaria KLCC                      C. Petrosains

Latihan Pemahaman


Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan sebahagaian daripada khazanah dan warisan yang menjadi kebanggaan negara kita Malaysia. Walaupun zaman telah berubah dan negara semakin maju, permainan tradisional tetap tidak dilupakan. Antara permainan itu ialah wau. Permainan wau biasanya dimainkan di Pantai Timur khususnya negeri Kelatan Darul Naim. Selain untuk tujuan mengisi masa lapang, permainan wau turut dijadikan aktiviti pertandingan.
Permainan tradisional yang digemari oleh kaum wanita ialah congkak. Permainan ini biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu dua orang. Permainan ini juga biasanya dimainkan untuk mengisi masa lapang. Alat yang digunakan ialah lubang congkak yang diperbuat daripada kayu atau papan tebal dan buah guli atau biji getah.
Sepak takraw merupakan permainan tradisional yang masih digemari hingga ke hari ini. Bahkan sepak takraw sudah menjadi permainan yang dipertandingkan di kejohanan yang melibatkan negara-negara ASEAN. Permainan ini popular dalam kalangan istana zaman dahulu.
Selain itu, gasing juga merupakan permainan tradisional yang terkenal di Pantai Timur. Gasing direka dalam pelbagai bentuk dan kepakaran pembuatnya. Gasing juga merupakan permainan tradisional yang sering dipertandingkan.
Jelas kepada kita bahawa permainan tradisional masih diminati hingga kini. Sebagai generasi muda, kita sentiasa menghargai dan menjaganya. Inilah satu-satunya khazanah yang perlu diwarisi oleh generasi akan datang.

Latihan Pemahaman

1. Apakah permainan tradisonal yang biasanya dimainkan di negeri Pantai Timur
    khususnya di Kelantan?
    ___________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________

2. Berapakah pemain bagi permainan congkak?
    ___________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________

3. Siapakah yang bermain sepak takraw pada zaman dahulu?
    ___________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________

4. Di manakah permainan gasing biasanya dimainkan?
    ___________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________

5. Bagaimanakah cara generasi muda mengekalkan permainan tradisional agar terus diminati?
    ___________________________________________________________________
    ___________________________________________________________________

Bahan Bantu Mengajar

Gambar Permainan Tradisional












Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran 1

Tarikh / Hari         : 08 Oktober 2012 / Isnin
Masa                    : 12.15 - 1.15 petang
Kelas                    : 6J
Bil. Murid             : 46 orang
Mata pelajaran     : Bahasa Melayu
Tema / Tajuk        : Seni Tradisi Kebanggaan Kita / Permainan Tradisional Kita
Kemahiran            : 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan
                                    yang dibaca.
                              5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
                                    yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Objektif                : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;
                              i) mencatat isi-isi penting daripada petikan yang dibaca dengan
                                 melengkapkan peta minda yang diberi.
                             ii) menulis jawapan yang betul bagi setiap soalan pemahaman yang
                                 diberi berdasarkan petikan yang dibaca.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah diperkenalkan dan diberi pendedahan serta
peluang bermain permainan tradisonal semasa di Tahun 5 dan aktiviti kokurikulum.
Bahan bantu mengajar  : Gambar permainan tradisional, borang grafik, lembaran kerja.
Nilai                            : Menghargai.

Set induksi (5 minit)
Isi pelajaran  ; menamakan jeins-jenis permainan tradisional - sepak raga, wau, gasing,
congkak.
Aktiviti guru dan murid;
 a) Guru memaparkan gambar-gambar permainan tradisional dan murid-murid
     menamakan permainan yang ditunjukkan.
 b) Guru meminta murid menyatakan perbezaan umum antara permainan tradisional
     yang ditunjukkan. Murid menyatakan perbezaan dari segi - bilangan pemain,
     alatan yang digunakan, cara-cara bermain.
BBM - gambar permainan tradisional.
Nilai - menghargai

Langkah 1 (15 minit)
Isi pelajaran : petikan teks 'Permainan Tradisional'
Aktiviti guru dan murid;
 a) Guru mengedarkan petikan teks dan meminta murid membaca senyap petikan
      tersebut.
 b) Guru memilih empat orang murid untuk membaca kuat petikan.
 c) Murid dan guru bersoal-jawab tentang petikan.
     Contoh soalan - apakah permainan tradisional yang biasa dimainkan di
                              Kelantan?
                            - berapa orang pemainkah bagi permainan congkak?
                            - di manaakah gasing dimainkan?
BBM : Petikan teks permainan tradisional.

Langkah 2 (15 minit)
Isi pelajaran : menganalisis dan mencatat isi penting.
Aktiviti guru dan murid;
 a) Murid berbincang di dalam kumpulan untuk menyenaraikankan isi-isi penting
     dalam bentuk minda.
     Contoh - permainan tradisional warisan negara.
                  - congkak digemari wanita
                  - sepak takrawa masih gigemari.
                  - gasing terkenal di Pantai Timur.
 b) Murid menyatakan isi-isi penting yang diperoleh dan guru mencatat
     jawapan murid di papan putih.
 c) Guru memberikan rumusan tentang jawapan murid.

Langkah 3 (10 minit)
Isi pelajaran : Tatabahasa - kata adjektif.
Aktiviti guru dan murid;
 a) Guru menerangkan maka kata adjektif dan meminta murid mengenal
     pasti kata adjektif yang terdapat dalam petikan.
 b) Murid menyatakan kata adjektif yang diperolehi dari petikan.
     Contoh : maju, lapang, tebal, popular, terkenal, muda.
 c) Murid membina ayat berpandukan kata adjektif yang disenaraikan
     secara lisan.

Langkah 4 (10 minit)
Isi pelajaran : Latihan pemahaman
Aktiviti guru dan murid;
 a) Guru mengedarkan lembaran kerja.
 b) Murid menjawab soalan pemahaman yang diberikan.

Penutup (5 minit)
Isi pelajaran : Rumusan
Aktiviti guru dan murid;
 a) Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang hasil
     pembelajarn.
 b) Guru membuat rumusan akhir tentang isi pelajaran.

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Guru pendidik bangsa, guru penyampai ilmu, guru penjana minda, guru pemangkin ke arah pembangunan insan berkualiti dan berketrampilan. Bukan senang nak jadi cikgu, apalagi hendak 'memanusiakan manusia' menjadi insan syumul, berjaya dunia akhirat. Menjadi seorang guru adalah pilihan kita sendiri, oleh itu jalankanlah tanggungjawab yang digalas sebaik mungkin, semoga segala apa yang kita lakukan sekarang, akan memberikan pulangan kepada kita kemudian hari. Selamat bertugas kepada semua guru.