Latihan 1 : Kata Nama Am
Pilih jawapan yang betul.
1. Kami mendirikan __________ di kaki Gunung Tahan sebelum meneruskan pendakian
ke puncak gunung pada pagi esok.
A. kanopi B. khemah C. pondok
2. __________ yang tidur di bawah jambatan itu menggigil kesejukan kerana tidur
beralaskan beberapa keping surat khabar sahaja.
A. Pengemis B. Pelancong C. Polis
3. Setelah penat bekerja di sawah, Pak Mail berehat di ________ sambil makan
bekalan yang dibawa.
A. rumah B. dangau C. wakaf
4. _________ di Pulau Ketam keluar menangkap ikan menaiki bot yang besar dan
dilengkapi perlatan moden.
A. Petani B. Peniaga C. Nelayan
5. Pelanggan yang hendak mengambil wang di bank dikehendaki mengisi __________
sebelum berurusan di kaunter.
A. resit B. borang C. akuan
Latihan 2 : Kata Nama Khas
Pilih jawapan yang betul.
1. Pelawat yang berkunjung ke __________ berpeluang menaiki kereta kabel.
A. Pulau Langkawi B. Pulau Tioman C. Pulau Pangkor
2. Suasana di __________ sentiasa sibuk dengan kapal dagang yang berlabuh dan
belayar.
A. Tambak Johor B. Pelabuhan Klang C. Hentian Puduraya
3. Ayah meminta adik mencari makna perkatan yang susah itu di dalam _______
A. Sejarah Melayu B. Kamus Dewan C. Berita Harian
4. _________ membuat sarang dengan daun-daun padi di tepi sawah itu.
A. Sang Buaya B. Sang Pipit C. Sang Arnab
5. Pengunjung ke _________ terhibur dengan persembahan ikan lumba-lumba yang
sungguh jinak itu.
A. Zoo Negara B. Aquaria KLCC C. Petrosains
Seronoknya Mengajar
Saturday, 6 April 2013
Latihan Pemahaman
Permainan Tradisional
Permainan tradisional merupakan sebahagaian daripada khazanah dan warisan
yang menjadi kebanggaan negara kita Malaysia. Walaupun zaman telah berubah dan
negara semakin maju, permainan tradisional tetap tidak dilupakan. Antara permainan
itu ialah wau. Permainan wau biasanya dimainkan di Pantai Timur khususnya
negeri Kelatan Darul Naim. Selain untuk tujuan mengisi masa lapang, permainan
wau turut dijadikan aktiviti pertandingan.
Permainan tradisional yang digemari oleh kaum wanita ialah congkak.
Permainan ini biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu dua orang. Permainan
ini juga biasanya dimainkan untuk mengisi masa lapang. Alat yang digunakan
ialah lubang congkak yang diperbuat daripada kayu atau papan tebal dan buah
guli atau biji getah.
Sepak takraw merupakan permainan tradisional yang masih digemari hingga ke
hari ini. Bahkan sepak takraw sudah menjadi permainan yang dipertandingkan di
kejohanan yang melibatkan negara-negara ASEAN. Permainan ini popular dalam
kalangan istana zaman dahulu.
Selain itu, gasing juga merupakan permainan tradisional yang terkenal di
Pantai Timur. Gasing direka dalam pelbagai bentuk dan kepakaran pembuatnya.
Gasing juga merupakan permainan tradisional yang sering dipertandingkan.
Jelas kepada kita bahawa permainan tradisional masih diminati hingga kini. Sebagai
generasi muda, kita sentiasa menghargai dan menjaganya. Inilah satu-satunya
khazanah yang perlu diwarisi oleh generasi akan datang.
Latihan Pemahaman
1. Apakah permainan tradisonal yang biasanya dimainkan di negeri Pantai Timur
khususnya di Kelantan?
___________________________________________________________________

2. Berapakah pemain bagi permainan congkak?

3. Siapakah yang bermain sepak takraw pada zaman dahulu?

4. Di manakah permainan gasing biasanya dimainkan?

5. Bagaimanakah cara generasi muda mengekalkan permainan tradisional agar terus diminati?

Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran 1
Tarikh / Hari : 08 Oktober 2012 / Isnin
Masa : 12.15 - 1.15 petang
Kelas : 6J
Bil. Murid : 46 orang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema / Tajuk : Seni Tradisi Kebanggaan Kita / Permainan Tradisional Kita
Kemahiran : 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan
yang dibaca.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;
i) mencatat isi-isi penting daripada petikan yang dibaca dengan
melengkapkan peta minda yang diberi.
ii) menulis jawapan yang betul bagi setiap soalan pemahaman yang
diberi berdasarkan petikan yang dibaca.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah diperkenalkan dan diberi pendedahan serta
peluang bermain permainan tradisonal semasa di Tahun 5 dan aktiviti kokurikulum.
Bahan bantu mengajar : Gambar permainan tradisional, borang grafik, lembaran kerja.
Nilai : Menghargai.
Set induksi (5 minit)
Isi pelajaran ; menamakan jeins-jenis permainan tradisional - sepak raga, wau, gasing,
congkak.
Aktiviti guru dan murid;
a) Guru memaparkan gambar-gambar permainan tradisional dan murid-murid
menamakan permainan yang ditunjukkan.
b) Guru meminta murid menyatakan perbezaan umum antara permainan tradisional
yang ditunjukkan. Murid menyatakan perbezaan dari segi - bilangan pemain,
alatan yang digunakan, cara-cara bermain.
BBM - gambar permainan tradisional.
Nilai - menghargai
Langkah 1 (15 minit)
Isi pelajaran : petikan teks 'Permainan Tradisional'
Aktiviti guru dan murid;
a) Guru mengedarkan petikan teks dan meminta murid membaca senyap petikan
tersebut.
b) Guru memilih empat orang murid untuk membaca kuat petikan.
c) Murid dan guru bersoal-jawab tentang petikan.
Contoh soalan - apakah permainan tradisional yang biasa dimainkan di
Kelantan?
- berapa orang pemainkah bagi permainan congkak?
- di manaakah gasing dimainkan?
BBM : Petikan teks permainan tradisional.
Langkah 2 (15 minit)
Isi pelajaran : menganalisis dan mencatat isi penting.
Aktiviti guru dan murid;
a) Murid berbincang di dalam kumpulan untuk menyenaraikankan isi-isi penting
dalam bentuk minda.
Contoh - permainan tradisional warisan negara.
- congkak digemari wanita
- sepak takrawa masih gigemari.
- gasing terkenal di Pantai Timur.
b) Murid menyatakan isi-isi penting yang diperoleh dan guru mencatat
jawapan murid di papan putih.
c) Guru memberikan rumusan tentang jawapan murid.
Langkah 3 (10 minit)
Isi pelajaran : Tatabahasa - kata adjektif.
Aktiviti guru dan murid;
a) Guru menerangkan maka kata adjektif dan meminta murid mengenal
pasti kata adjektif yang terdapat dalam petikan.
b) Murid menyatakan kata adjektif yang diperolehi dari petikan.
Contoh : maju, lapang, tebal, popular, terkenal, muda.
c) Murid membina ayat berpandukan kata adjektif yang disenaraikan
secara lisan.
Langkah 4 (10 minit)
Isi pelajaran : Latihan pemahaman
Aktiviti guru dan murid;
a) Guru mengedarkan lembaran kerja.
b) Murid menjawab soalan pemahaman yang diberikan.
Penutup (5 minit)
Isi pelajaran : Rumusan
Aktiviti guru dan murid;
a) Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang hasil
pembelajarn.
b) Guru membuat rumusan akhir tentang isi pelajaran.

Sekapur Sirih Seulas Pinang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Guru pendidik bangsa, guru penyampai ilmu, guru penjana minda, guru pemangkin ke arah pembangunan insan berkualiti dan berketrampilan. Bukan senang nak jadi cikgu, apalagi hendak 'memanusiakan manusia' menjadi insan syumul, berjaya dunia akhirat. Menjadi seorang guru adalah pilihan kita sendiri, oleh itu jalankanlah tanggungjawab yang digalas sebaik mungkin, semoga segala apa yang kita lakukan sekarang, akan memberikan pulangan kepada kita kemudian hari. Selamat bertugas kepada semua guru.

Subscribe to:
Posts (Atom)